Mekdi Bdr. Sri Putra


pada akhirnya,,,
semua pecah dan retak yang kita ratah.
dulu dan sekarang-- 
adalah tanda kasihnya Tuhan kepada kita. 

untuk nantinya... 
kita jadi siapa kita yang sepatutnya.
Kita jadi kita yang berani; Seberani apa yang Tuhan mahu kita jadi.
Kita jadi kita yang hebat; Sehebat apa yang Tuhan mahu kita jadi.
Kita jadi kita yang berlari sambil berhincut; Sejauh mana yang Tuhan mahu kita bertumbuh tanpa adanya luput.

adalah sangat bodoh, untuk kita berasumsi
bahawa serpihan warna Vincent 
sebagai puing-puing najis yang tertanggal dari dinding kamar mandi jiran.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RASUK 2.0

Pelan