{A + x ≠ A+ z }
aku selalu justify diri aku dengan ayat macam gini--
"kalau kita compare straight As student have have yang boleh hire cikgu untuk kelas tutor SPM dia,
yang ada melekat genetik pandai mak abah dia,
yang ada surrounding yang aman lagikan sentosa,
yang ada kawan-kawan yang sama pandai untuk refer soalan Addmath...
lepastu kita compare dengan 3As student yang rumah nak dekat roboh,
yang ada masa cuma 2 jam sehari untuk study dan selebihnya jaga adik dan kemas rumah,
yang tak ada duit untuk beli buku past year,
dan setiap hari kena torture mentally dengan parents dia sampai motivation dia penyek... fair ke?
kalau kita nak compare keputusannya? kalau kita nak compare 3A tadi tu dengan 10A tadi tu?" -- π kita semua tahu jawapannya.
hidup bukan tentang siapa yang lebih atau kurang.
tapi tentang yang berjuang dan berdiam. cerita kita tak sama, struggle kita pun.
takkan serupa alat ukur yang kita guna.
dengan hanya membandingkan keputusan sahaja belum cukup untuk cukup.
kalau Tuhan cuma melihat kepada keputusan sahaja, tentunya 3As student-- darjat dia lebih rendah dari 10As student. tapi Tuhan bukan cikgu Addmath kita atau cikgu Bio kitaπ Tuhan yang paling adil, yang Maha Melihat bukan cuma menyemak keputusan dekat buku rekod kita.
takkan ada sebesar zarah payah-payah kita yang terlepas dari scan dan sensor Dia. π
Tuhan tak pernah tidur.
berlari, atau sedang merangkak-- tapi jangan kematu.
bila orang compare kau dengan mufti Mekah lepasni, kau ada jawapan untuk justify diri kau ok?
now dah boleh fokus duit raya ok?
hargai masa muda sebelum masa tua.
ππ
Ulasan
Catat Ulasan