Untuk Yang Benci Memandang ke Dalam Kolam


kalau jika sekiranya...muka kau telur tanpa jerawat, 
jangan-jangan kau takde dekat tempat yang kau duduk ni hari ni.
Kalau dan jika sekiranya badan kau kurus macam Fazura, jangan-jangan kau tak pernah akan kenal kawan-kawan kau yang sekarang ni menepek dekat ketiak bacin kau.
kalau sekiranya jika kau lahir-lahir dalam sudu perak, jangan-jangan kau belum pernah merasa kenyang berbagi-bagi makanan sesama kalaupun yang tersuap ke mulut cuma sekepal.
Kalau jika dan sekiranya kau pandai, segala full mark tanpa perlu usaha lebih... 
jangan-jangan kau belum pernah meminta-minta desperately dalam sujud kau pukul 3 pagi.

santai. hidup kau yang tuhan dah design kan, segala bentuk badan, segala kuku cengkam dan pelangi yang kau dapat... 
semuanya yang paling maha terbaik untuk kau. supaya kau fits dengan cuaca Malaysia dan cuaca manusia dekat bumi.
 
dan kita tak pernah tahu, berapa ratus juta kali tuhan baling-baling life jacket ke kita dengan apa yang kita tak pernah ada. bersangka baik dengan pencipta kita. tuhan yang paling bijak, paling kaya, paling baik... tak mungkin dia ciptakan sesuatu yang sia-sia setiap apa.

terima siapa kita jadi kita lebih boleh menerima siapa tuhan kita.
cantik dan baik di mata tuhan,
lebih dari sekadar kulit, baju dan kerongsang lawa.
bersangka baik dengan pencipta kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RASUK 2.0

Pelan