tentang tulisan-tulisan gila dari seorang perempuan yang amat mengerikan.Perdana menteri belum tau yang aku wujud di Malaysia, tapi aku terlalu yakin yang menulis bukan tentang suatu pengenalan atau lakonan yang semata dibuat-buat.
Sergala
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
tak ada manusia yang baik secara total
dan tak ada manusia yang jahat secara total.
kita cumalah manusia yang terlalu selalu berovergeneralisasi.
rasa cukup tu susah, kan? rasa cukup tu rezeki yang berat. bayangkan dalam satu buku cerita, sepanjang sehingga muka surat paling akhir tak ada noktah; cuma ada ayat yang disambung semikolon dan koma. macam tu lah hidup takde rasa cukup. penat nak baca. Tuhan bagi sembilan puluh sembilan puluh sembilan batang sungai pun kalau kita datang dengan baldi berlubang, kita belum mahu berasa terpenuhkan. somehow, hidup tanpa rasa cukup tu macam... hmmm ....hidup yang terhukum. sampai kita maklum-- yang-- hidup bukan tentang seberapa banyak kita diberi, tapi tentang langkah-langkah bagaimana menampal baldi yang bocor tadi. sebab semua orang punya pesen baldi bocor sendiri sendiri. tak ada yang tak ada. Hujung cerita--- bukankah doa-doa yang kita minta hanya untuk akhirnya merasakan diri kita nantinya cukup? lalu apakah maknanya doa yang termakbulkan kalau sekiranya kita menadah dengan tangan tangan yang bocor? moga tak datang jemu tampal menampal.
SITUASI : Salmah : "Kau siyes ah tak tau? Siyes ah? ha meh sini aku kasi tau.Pak Mat tu dulu dia...pungpang pungpang..." Jijah : "Ouhhh..." Salmah : "Dulu masa dia belum punya bini, orang panggil dia Mamat Sewel pasal dia suka nyanyi abc sampai z bila dia bawak basikal...pungpang pungpang" Jijah : "Ouhhh..." Salmah : "Nah, sekarang kau tahu, kan?" (yang sebenarnya kau nak kata, apa ke bodoh nye lah kau ni Jijah. Nah, sekarang kau tahu, kan aku lebih pandai dari kau?) Maka Salmah pun menamatkan syarahannya sama si Jijah pada hari Sabtu minggu seterusnya. Kau patut tengok muka dia yang macam baru lepas pulang ke bumi setelah penat-penat menyertai misi armageddon di angkasa lepas. Dem! kau patut tengok dengan mata kelapa kau sendiri. aiswear. Jijah yang manis dengan taik lalat berbulunya di tepi bibir cuma sengih-sengih kelat macam tahi baru kena lenyek dengan tayar lori. Sebijik sangat. Padahal Salmah tak tau yang Ji...
Ulasan
Catat Ulasan