Cerita Lama Duludulu (BMW)
black and white. we tend to judge people dengan tergesa-gesa. takde kelabu kelabu. kalau Ali jahat dia tak baik, kalau Ali baik dia tak jahat. kalau tak sedih-- happy. kalau happy-- tak sedih. kita pukul rata tanpa meletakkan titik tengah.
padahal Ali boleh je dua-dua. macam kertas yang cuma ada depan belakang. tiba-tiba kita tengok manusia in 2D whereas kita sesungguhnya ciptaan 3D.
tunggu sat tunggu sat.
kaler kita banyak. (gila banyak!)
boleh jadi biru, tekois, boleh jadi merah, boleh jadi hijau. kalau hitam, ada hitam sikit, hitam banyak, hitam banyak sikit.
tak adil kalau harini kau tengok Ali curi wiskes sekali dekat kedai Maniam, kau cop muka dia jahat sampai kiamat. tak adil kalau pada hari pertama jumpa, Vincent tak reply senyum kau sekali, kau benci dia sampai habis sekolah.
setitik nila jatuh dalam sebelanga susu, tetap susunya lebih banyak dari nila, kan?-- kalaupun kalernya biru.
at the end of the day, manusia tak ada yang baik atau jahat secara total. we need to rethink. ada hari Ali ada hati jugak nak belanja satu kantin, bayarkan barang dapur Mak Temah. cuma kita tak tahukan.
ingat ni bila kita nak shift kerja jadi ketua hakim negara--
"...dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
(17:85)
Ulasan
Catat Ulasan