BALDI YANG BOCOR
rasa cukup tu susah, kan? rasa cukup tu rezeki yang berat. bayangkan dalam satu buku cerita, sepanjang sehingga muka surat paling akhir tak ada noktah; cuma ada ayat yang disambung semikolon dan koma. macam tu lah hidup takde rasa cukup. penat nak baca. Tuhan bagi sembilan puluh sembilan puluh sembilan batang sungai pun kalau kita datang dengan baldi berlubang, kita belum mahu berasa terpenuhkan. somehow, hidup tanpa rasa cukup tu macam... hmmm ....hidup yang terhukum. sampai kita maklum-- yang-- hidup bukan tentang seberapa banyak kita diberi, tapi tentang langkah-langkah bagaimana menampal baldi yang bocor tadi. sebab semua orang punya pesen baldi bocor sendiri sendiri. tak ada yang tak ada. Hujung cerita--- bukankah doa-doa yang kita minta hanya untuk akhirnya merasakan diri kita nantinya cukup? lalu apakah maknanya doa yang termakbulkan kalau sekiranya kita menadah dengan tangan tangan yang bocor? moga tak datang jemu tampal menampal.
















































































































Ulasan
Catat Ulasan