Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

JAWAPAN YANG TAK DIAKUKAN

Imej
fani wen most of the questions, kita dah tahukan lama jawapnya. Cuma tak di akukan. atau mungkin belum berani untuk pernah. Soalan-soalan tongong macam : "kenapalah benci sangat si Leha pada aku ni padahal selalu sangat dah aku belanjakan dia gula-gula tapak kaki 40 sen?" "kenapalah selalugila tuhan kecewakan diri aku padahal aku lagi baik dari Ebit Liew dan Donald Trump?" "kenapalah bodoh sangat yang kita ni tetap nak dekat orang yang tak pernah pandang kita walau seinci?" Entah kita yang terlalu ribut menyumbat telinga ketika yang perlu adalah cuma diam sekadar lima belas saat. Atau entah kita yang terlalu silau menatap matahari di angkasa sana padahal yang wajib cuma mengatup mata selama 6 harakat. entah. kelakarnyalah kita ni kan? ouhhh...ya lah... knowing. accepting. doing. kan jarang-jarang berkawan sama di ig. aduh macam dahnak hujan. meh. masuk.nanti demam.

ARJUNA BETA

Imej
aku suka lagu ni, pasal bila aku dengar -- aku terus jatuh perasan yang aku arjuna beta. konon-konon ada yang dodoikan aku. konon-konon... arjuna beta ( klik sini )

BILA INFERIORITY COMPLEX DATANG LAGI...

Imej
Babi! inferiority complex aku datang lagi. aku tak tahu kenapa, macamana, tapi aku benci untuk hadapkan kebenaran-kebenaran yang aku benci. Aku tak pandai english. Betul, dari dulu aku paling bodoh bercakap dalam bahasa penjajah itu sampai aku kena basuh dengan tc aku masa zaman oral sekolah dulu-dulu. Aku paling tak yakin untuk bercakap di depan. aku rasa aku straight As student yang paling bodoh di Malaysia. aku rasa aku biadap untuk tanyakan ini, tapi tuhan, kenapa bukan dari dulu kau ajarkan aku rasanya untuk jadi yang terpaling bodoh? less confident. Kepala serabut. mungkin aku yang terlalu overthink tentang dunia yang selalu kejam. mungkin aku yang terlalu kecewa sama hidup yang tak pernah sentosa. mungkin aku yang terlalu jauh sama tuhan sampai aku rasa aku tak patut ada di bumi. bodoh, kau Chay! tak pandai bersyukur! entah aku rasa entri kali ni bukan cuma pasal kebodohan aku dalam english. tapi lebih kepada asap-asap hitam yang aku hembuskan di muka sendiri.

FINAL TOUCH

Imej
Tadi siang aku cepat-cepat gagau telefon, picit butang facebook, terus tekan live yang tertera di halaman asasi uitm. Tajuk yang didiskusikan sama pensyarah-pensyarah itu adalah ODL. atau kalau perlu dieja satu-persatu... open... distance... learning... Lol. Sesi tutorial yang dibikin jadi 2jam itu, ternyata hanya satu dua saja yang dapat aku sumbatkan dalam kepala hotak trafik kuala lumpur aku ini! serius. Tapi yang sebenarnya kau jangan salah paham dulu. Aku bukan nak bercerita pasal facebook live yang hampeh, atau perbalahan sepak terajang netizen di ruangan komen yang tak berkesudah, atau tentang google meet yang belum aku cubakan lagi di hadapan pc sambil kamera dibiar mati. Ceh. Bukan. Tadi sewaktu salah seorang pensyarah itu hektik membikin penerangan, jiwa aku tersentak di waktu dia bilangkan ini : "Kalau kamu semangat berkobar-kobar nak belajar, tapi internet kamu problem-- kamu jangan frust. Ini soal rezeki. Kalau internet kamu slow, maknanya rezeki kamu d

KEBAIKAN=KEBAIKAN=MENGARUT!

Imej
"Aku penat buat baik tapi orang balas jahat sama aku..." Dah le. ayat tu sungguh tak relevan dah. serius. nabi buat baik yang paling baik pun, tetap orang balingkan tahi. Inikan cuma manusia kosong tanpa mukjizat. kau expect apa? kau expect tiap orang yang datang akan tepuk bontot kau sampai kau lena pejam mata? Manusia aku kata... memang tak boleh kita perkirakan ikut kira-kira Einstein. 1+1=2 sangatlah tidak linear sama manusia. sa-ngat. meh aku bagitahu. Buat baik pasal kau memang baik, bukan pasal kau nak orang balaskan yang baik-baik. Manis yang kau dapat, adalah masa KETIKA kau hulurkan tangan, bukan selepasnya. kebaikan -- kalau ada yang di kemudian hari dibalaskan bunga ros merah sejambak, itu bonus semata yang Tuhan kasikan. cuma bonus.

POTONG SETIM

Imej
SITUASI : Salmah : "Kau siyes ah tak tau? Siyes ah? ha meh sini aku kasi tau.Pak Mat tu dulu dia...pungpang pungpang..." Jijah : "Ouhhh..." Salmah : "Dulu masa dia belum punya bini, orang panggil dia Mamat Sewel pasal dia suka nyanyi abc sampai z bila dia bawak basikal...pungpang pungpang" Jijah : "Ouhhh..." Salmah : "Nah, sekarang kau tahu, kan?" (yang sebenarnya kau nak kata, apa ke bodoh nye lah kau ni Jijah. Nah, sekarang kau tahu, kan aku lebih pandai dari kau?) Maka Salmah pun menamatkan syarahannya sama si Jijah pada hari Sabtu minggu seterusnya. Kau patut tengok muka dia yang macam baru lepas pulang ke bumi setelah penat-penat menyertai misi armageddon di angkasa lepas. Dem! kau patut tengok dengan mata kelapa kau sendiri. aiswear. Jijah yang manis dengan taik lalat berbulunya di tepi bibir cuma sengih-sengih kelat macam tahi baru kena lenyek dengan tayar lori. Sebijik sangat. Padahal Salmah tak tau yang Ji

TELUR YANG separuhMATI

Imej
Jujur.😖 aku tak paham atau sebenarnya buat-buat tak paham-- tentang telur separuh masak yang aku biar di kuali sementara mencedok nasi panas di periuk. tiba-tiba aku datang sekali lagi, telur separuh masak sudah mati. yang ada cuma telur sepenuh masak. cis! ( jujur. tulisan ini bukan tentang apa-apa metafora. ini cuma kisah tragis perempuan gila dengan telur separuh masaknya yang telah mati. Innalillah ;)