FINAL TOUCH



Tadi siang aku cepat-cepat gagau telefon, picit butang facebook, terus tekan live yang tertera di halaman asasi uitm.
Tajuk yang didiskusikan sama pensyarah-pensyarah itu adalah ODL.
atau kalau perlu dieja satu-persatu...
open...

distance...

learning...

Lol.
Sesi tutorial yang dibikin jadi 2jam itu,
ternyata hanya satu dua saja yang dapat aku sumbatkan dalam kepala hotak trafik kuala lumpur aku ini!
serius.

Tapi yang sebenarnya kau jangan salah paham dulu. Aku bukan nak bercerita pasal facebook live yang hampeh, atau perbalahan sepak terajang netizen di ruangan komen yang tak berkesudah, atau tentang google meet yang belum aku cubakan lagi di hadapan pc sambil kamera dibiar mati. Ceh.
Bukan.

Tadi sewaktu salah seorang pensyarah itu hektik membikin penerangan, jiwa aku tersentak di waktu dia bilangkan ini :

"Kalau kamu semangat berkobar-kobar nak belajar, tapi internet kamu problem-- kamu jangan frust. Ini soal rezeki. Kalau internet kamu slow, maknanya rezeki kamu delayed. Kalau internet laju, maknanya rezeki kamu cepat.
Jangan disebalkan terlalu. Tuhan kasikan laju-laju pada waktu terbetul. Dan Tuhan kasikan lambat-lambat pada waktu terpaling tepat".
*monolog setelah siap aku rephrase kan.

Aku suka ayat dia.
tidaklah seseni mana yang kalau nak dibanding-banding sama Shakespeare.
atau selantang mana yang dijerit-jeritkan Malala Youfsazai di tanah airnya.
Tapi cukup untuk buat aku rasa,
yang kali ini, kita sebenarnya sedang berjudi sama tuhan. Tapi dalam bentuk yang lebih ekstrem.dan manis juga.
kan?
(oh ya--moga kita tabah sampai hujung sem. semoga.)

pasal kita tak ada tangan yang boleh hempuk cepuk kan kepala lonjong sesuatu yang dinamakan " internet" sama orang-orang genius di negara Barat sana kerana mahukan surfing yang lebih laju. Atau kita tak punya suara yang boleh mencelaka-babikan ia supaya telinganya berdarah dengan harapan dia boleh mula berjalan.

ketika itu juga, cepat-cepat aku teringatkan cerita gila tentang Veveonah yang bikin rumah tinggi-tinggi atas pokok semata mahu dapat line laju di tengah hutan.
serta seorang perempuan di negara Shah Rukh Khan yang gogok racun.depresi  kerana takut ketinggalan pelajarannya ketika pkp ini. Dia tak dapat ikut sama belajar di kelas online seperti teman-teman lainnya. Televisi sudah lama mati, duit tak ada pula untuk dibaiki. Telefon pintar...?
ah,tak pernah mereka punya!
aduhai...

Semalam, aku agak stres juga bila tak dapat join sama majlis perasmian. Internet problem. Padahal puluh-puluh juga markah kokonya. Kadang aku rasa lebih banyak yang tidak adilnya dalam acara atas talian seperti ini.
tapi...haih...

klise, seperti yang selalu dibuat-buat dalam filem sampah-- heronya insaf di akhir rancangan. Kemudian jahat balik di sequel seterusnya--
aku terpenyek sekali lagi.
aku kira :

Buatlah apa saja.
lemparkan baju-baju dari dalam lemari.
ludahkan lendir hitam ke muka kawan, atau pukulkan binatang yang lalu-lalang.

final touch;--
tetap tercetak pada jemari tuhan.

Ada waktunya, kita cuma perlu pejam mata
dan lepaskan segala. Ikutkan saja ke mana terbangnya angin.
dan tahukan,
yang tuhan itu sentiasa kaya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RASUK 2.0

Pelan