Catatan

Champa

Imej
Sejarah telah membuktikan; dan siapa saya untuk tidak mempercayakan...‽

kiub kaler merah

Imej
rumah. yang punya hati kamu. yang ramah dan tumpah di fikiran selalu. yang singgah: tiap kali di dada tsunami melimpah pecah. berjalan seperti orang bajingan riuh yang jauh dan cuti yang panjang bergerak perlahan menulis matahari terbenam ...atau terbang bercumbu sama awan;- jalan yang jauh, tapi jangan lupa untuk pulang.

Pelan

Imej
kau tahu...,  apa akan jadi kalau kita dapat semua apa yang kita nak? Semua benda yang kita terima akan jadi expected. Dopamine released menurun  atau mungkin terlalu minimum untuk hidup segembira Jumaat. Hidup akan jadi sangat-sangat-sangat boring masa tu. dan dunia akan jadi tak worthy untuk siapa-siapa pun kejarkan. Tuhan tak kedekut;- tapi Maha Bijak.

i think, therefore i am.

Imej
rule no. 1 sebelum tuang air;- kau kena pastikan  ada air dalam jag terlebih dahulu. 😁

DINDING

Imej
anda sepertinya mentol dalam toilet. hangat, dan tiba-tiba. lalu mencerahkan. saya menjerit bila saya tidak mampu  mendeteksi adanya chahaya ketika berdiri sendiri-- maka jangan padam. ketika bumi gelita dan waktu dingin pun datang,  mentol dalam toilet  mungkin sudah cukup untuk menghidupkan  pohon-pohon dan orang-orang  yang hampir termakam.

Mekdi Bdr. Sri Putra

Imej
pada akhirnya,,, semua pecah dan retak yang kita ratah. dulu dan sekarang--  adalah tanda kasihnya Tuhan kepada kita.  untuk nantinya...  kita jadi siapa kita yang sepatutnya. Kita jadi kita yang berani;  Seberani apa yang Tuhan mahu kita jadi. Kita jadi kita yang hebat; Sehebat apa yang Tuhan mahu kita jadi. Kita jadi kita yang berlari sambil berhincut; Sejauh mana yang Tuhan mahu kita bertumbuh tanpa adanya luput. adalah sangat bodoh, untuk kita berasumsi bahawa serpihan warna Vincent  sebagai puing-puing najis yang tertanggal dari dinding kamar mandi jiran.