Catatan

XD

Imej
terkadang;- saya dibuat tergeletik oleh takdir sendiri. dipegang tangan saya entah ia menuju ke lelucon mana satu.  tapi semoga sarat senyum... walau nanti, akhirnya ia selalu perlu dikecewakan oleh saya. lagi. danlagi.

PUTIH

Imej
di sini cuma ada riuh  yang membikin aku sunyi selalu.

Ijlis

Imej
"The deepest principle of human nature is the craving to be appreciated." -William James. demi dihargakan-- sesiapa sahaja sanggup untuk buat banyak kerja. sesetengah, bahkan apa sahaja. Cuma yang membezakan... penghargaan dari apa dan dari siapa. Jahanam kalau yang kita cari -- tepukan gemuruh dari orang-orang gila tak bercelana di luar sana. sebab pada akhirnya, kita turut gila ketika menerima sijil dan kalungan bunga dari mereka. terpaksa. atau suka cita. botol perlu rasi sama penutupnya ;)

Tak Ada Mitos. Manusia Memang Malas Untuk Reset.

Imej
ada jadah yang kita rasa-- terus lebih baik daripada tidak. tenaga yang semalam lebih baik kalau terlekat di garis penamat daripada cuma berkucah di titik tengah. 😂  konon-konon, depan ada bintang. padahal, kalau kita u-turn lima minit masa sebelum kita mati tadi-- mungkin kita sempat kahwin dengan nenek bintang!😂 dan aku... pilih untuk kahwin dengan nenek bintang. 😂 berhenti, ada masanya lebih menumbuhkan daripada terus lari-lari macam budak darjah satu. 🤷🏻‍♀️ hei, bertenang 🙌 ini bukan anekdot sejenis!😂

Bukan Ji Chang Wook

Imej
macamana pun...,  orang yang tak pernah merasa ada kaki, takkan pernah faham rasanya berjalan sambil berpijak ke duri. kita bukannya sesuatu yang ada abracadabra yang boleh bagikan orang kaki.  jadi kita pun cuba faham, yang tak semua orang akan faham apa yang kita faham. ok? stay safe.

Hitler

Imej
probably yang paling mematikan adalah ketika yang bersalah tak pernah merasa bersalah. boleh imagine... what will happen kalau seorang pemimpin macam Hitler menyesal dan taubat nasuha masa zaman dia gemilang? kalau Hitler buat U-turn dan tanam cinta ke bumi? when there's regret, there's hope. motivasi untuk jadi lebih baik-- meraikan kemanusiaan.