Catatan

Ucuk

Imej
seorang manusia, ada busuk dan wanginya. hanya kerana arak dan tuak diiktiraf haram..., adakah tingkah laku minum juga seluruhnya haram?😋

FLY

Imej
selepas beratus-ratus kali saya cuba untuk terbang-- sepertinya awan kembali menghempas saya ke petak yang sama. petak hitam semalam.

NGE.RI

Imej
untuk seorang budak sunyi yang tak dihargakan-- merasa dihargakan termasuk dalam 7 keajaiban dunia yang tak diiktiraf UNESCO.

Pandir.

Imej
saya yang gagal untuk meluahkan. kamu yang gagal untuk memahamkan. kita-- sepertinya sepasang orang tolol. berjalan bersebelahan saling menyentuh pundak, tapi tak pernah betul-betul bertemu.

Safety first

Imej
kalau kau takda family yang mampu memberi depa ketika perlu atau malah mencacahkan luka yang panjang di dada, Tuhan sekarang bagikan kau kawan-kawan yang ketika patah, jadi anduh. Kalau kau takda duit berkoyan, sekarang Tuhan kirimkan kau siblings goal yang menjadimanis kehidupan. kalau kau tanpa rupa yang mengamankan, jangan lupa, Tuhan bagikan kau badan yang sihat tanpa berputus sendi di mana. kalau kau masih yang terbottom dalam pointer kuliah setelah usaha yang meribut, jangan lupa juga, Tuhan bagikan kau jiwa yang ketika melihat kekurangan, muncul kebaikan. kalau kau hilang sensitiviti badan dan disakit illness seperti mahu mati,  jangan lupa yang semalam Tuhan kasikan kau hati yang gemilang untuk masih menunduk dalam sujud. apanya yang tak adil dari Tuhan, kalau kita sedang menerima semua tanpa sekalipun pernah berjasa kepada-Nya? Setiap yang tiada atau yang tertera di kita;-macam life jacket. Sesuatu yang sedang menyelamatkan sesuatu.💌 "Segala sesuatu tak mampu

Moon.Star.

Imej
tak apa.  kalau sepuluh jalan  bertutup palang. tak apa. kalau sepuluh peluang masih belum untuk diberjayakan. Chay-- tetap akan jadi budak gila yang kejarkan cita-cita! langkah dan kaki saya malah akan lebih besar dari monster. tak apa. cahaya tak boleh padam. di bumi masih banyak yang perlu ditumbuhkan.