Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2022

Noor.ma.

Imej
ini dunia yang mengerikan.

Manjakalih

Imej
macamana pun...,  orang yang tak pernah merasa ada kaki, takkan pernah faham rasanya berjalan sambil berpijak ke duri. take note. kita bukannya sesuatu yang ada abracadabra yang boleh bagikan orang kaki.  jadi kita pun cuba faham, yang tak semua orang akan faham apa yang kita faham. ok? stay safe.

Forkas

Imej
meski udara sedang baik-baik sahaja, kau melihat langit berubah hitam di setiap hujung jarum jam.

RAMAH

Imej
luka yang terbuka tak pernah terbentuk sebagai satu. tiap kali ada yang menyentuh, ia datang sebagai segerombolan cerita ngeri yang ramah di sebuah negeri jauh terasing.

GUNI

Imej
bila orang dah berjaya buat kau percaya yang kau tak guna, susah untuk kau percaya yang kau ada gunanya.

Gelato Dalam Perisa Dark Chocolate

Imej
cita-cita aku-- supaya dunia lebih aman. supaya lebih hilang orang-orang dengan masa silam yang kejam. supaya bumi lebih bulat dengan cinta dan harapan. supaya lebih tak ada yang mati sebelum tarikh luput datang. semoga sama-sama kita jatuh dan  menyembuh;- bertumbuh dan bergaduh;- walau di daging ada luka yang sentiasa terbuka dan melalak sebagai perempuan gila tanpa nama. dan semoga aku tak mati selagi semua tak langsai. Aamiin.