Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2022

Pandir.

Imej
saya yang gagal untuk meluahkan. kamu yang gagal untuk memahamkan. kita-- sepertinya sepasang orang tolol. berjalan bersebelahan saling menyentuh pundak, tapi tak pernah betul-betul bertemu.

Safety first

Imej
kalau kau takda family yang mampu memberi depa ketika perlu atau malah mencacahkan luka yang panjang di dada, Tuhan sekarang bagikan kau kawan-kawan yang ketika patah, jadi anduh. Kalau kau takda duit berkoyan, sekarang Tuhan kirimkan kau siblings goal yang menjadimanis kehidupan. kalau kau tanpa rupa yang mengamankan, jangan lupa, Tuhan bagikan kau badan yang sihat tanpa berputus sendi di mana. kalau kau masih yang terbottom dalam pointer kuliah setelah usaha yang meribut, jangan lupa juga, Tuhan bagikan kau jiwa yang ketika melihat kekurangan, muncul kebaikan. kalau kau hilang sensitiviti badan dan disakit illness seperti mahu mati,  jangan lupa yang semalam Tuhan kasikan kau hati yang gemilang untuk masih menunduk dalam sujud. apanya yang tak adil dari Tuhan, kalau kita sedang menerima semua tanpa sekalipun pernah berjasa kepada-Nya? Setiap yang tiada atau yang tertera di kita;-macam life jacket. Sesuatu yang sedang menyelamatkan sesuatu.💌 "Segala sesuatu tak mampu

Moon.Star.

Imej
tak apa.  kalau sepuluh jalan  bertutup palang. tak apa. kalau sepuluh peluang masih belum untuk diberjayakan. Chay-- tetap akan jadi budak gila yang kejarkan cita-cita! langkah dan kaki saya malah akan lebih besar dari monster. tak apa. cahaya tak boleh padam. di bumi masih banyak yang perlu ditumbuhkan.

Chaykologi

1. habituation. 2. small achievement. 3. occam's razor. 4. bystander effect. 5. reinforcement. Dalil. 6. personal construct theory. 7. Barnum effect. 8. Allegory of cave aristotle. 9. Children jadi witnesses. 10. abid dan khalifah. 11. The fear of rejection. 12. hadis logam. 13. defense mec projection 14. defense mec. regression 15. sakit-mark manson

A U T A

Imej
stereotaip sosaiti yang melekat dekat budak-budak psy: satu. always positif. dua. memiliki gene angelic. tiga. reti solusize segala gajah masalah orang. empat. power mind reading. lima. reti pukau. (😂) realiti: kami cuma yang belajar tentang keterhubungan minda dan behavior.  kami cuba jadi lebih baik.  tapi cara-cara menjadi malaikat belum ada dalam syllabus kami 😋

S E L A R

Imej
mengikat harga diri pada orang sekeliling:- seperti mengikatjerut tengkuk sendiri pada tali-tali manila. pasal kau pastinya mampus di setiap satu yang berhambus pergi dalam hidup. excessive attachment pada yang tak sepatutnya, people pleaser, dan yay sayer kalau kau belum maklum, mereka mampu jadi lebih bisa dari tedung selar. mat. kita bukan lembu. sertifikasi hidup kita tak perlukan tandatangan YB seperti yang tertera dalam sijil-sijil koko kita. kita hidup sebab memang kita nak hidup. bukan sebab orang suruh kita hidup. kita cantik, selama kita rasa kita cantik.  kita talented selagi kita rasa kita talented. kita cantik dan talented bukan pasal orang kata kita cantik dan talented. kita perasan yang kita perasan.  tapi perasan kita lebih elok dari menunggu orang perasan kita.🤭