Catatan

INTI

Imej
satu benda yang kita terlepas pandang dalam hidup:-  internal motivation atau  kecintaan kepada apa yang dibuat. Akhir cerita, semua benda akan jadi suam-suam kuku kalau terpaksa.  Cuba letak Ibnu Sina jadi tukang deko masjid,  Anwar Ibrahim sebagai master chef  dan Nora Denis hm🤔 kita swapkan dia dengan Dr Malar. prestasi kerja orang terpaksa dengan orang yang bukan, mungkin sama. tapi bukan jiwanya. menurut pandangan aku sebagai psikologis celup, benda ni berkait dengan life satisfaction kau atau kita panggil happiness.  jadi... kalaupun kau kena paksa jadi penggoreng kopok lekor seumur hidup kau,  jangan lupa untuk buat jugak apa yang kau suka.  kalau kau suka hiking, pergi hiking, sentuh rumput, pergi bercumbu dengan pacat. kalau jawap soalan math buat kau happy, pergi beli buku kotak-kotak dekat Shopee dan sediakan waktu untuk kau bergaduh dengan nombor. sebelum  nama dekat sijil mati kau kena ganti dengan Nurul Transformers. Sekian, dari penggemar popiah sira.

HA-g.

Imej
sedikit sewel. namun aku cuma harap Ismail aku semasa ini cukup mampu untuk tersembelihkan tubuh halus.

RASUK 2.0

Imej
satu jahil yang major mungkin adalah bila kita berkehendakkan untuk tumbuh dan mengembang -- tapi masih anti sama sakit yang beresapan. Pandir..., Luncai..., Kaduk..., sini dengarkan;- beberapa entiti yang menoreh ke daging ada masanya perlu kita kunyahkan sampai lumat supaya mereka berhenti menaruh luka. sesi suap makan beradab ini bukan romantisasi let me mati, bahkan ini resepsi mengganjak ke langit sakti. maka genggam dan tumpahkan-- seolah-olah kalian dari bani Adam yang teringin untuk pulang kembali ke tanah air.

Champa

Imej
Sejarah telah membuktikan; dan siapa saya untuk tidak mempercayakan...‽

kiub kaler merah

Imej
rumah. yang punya hati kamu. yang ramah dan tumpah di fikiran selalu. yang singgah: tiap kali di dada tsunami melimpah pecah. berjalan seperti orang bajingan riuh yang jauh dan cuti yang panjang bergerak perlahan menulis matahari terbenam ...atau terbang bercumbu sama awan;- jalan yang jauh, tapi jangan lupa untuk pulang.

Pelan

Imej
kau tahu...,  apa akan jadi kalau kita dapat semua apa yang kita nak? Semua benda yang kita terima akan jadi expected. Dopamine released menurun  atau mungkin terlalu minimum untuk hidup segembira Jumaat. Hidup akan jadi sangat-sangat-sangat boring masa tu. dan dunia akan jadi tak worthy untuk siapa-siapa pun kejarkan. Tuhan tak kedekut;- tapi Maha Bijak.